Friday, September 30, 2016

Ceritera ANH : Hotel Bella Vista Kuah, Langkawi

Assalamualaikum.

Ayah ANH ada meeting di Langkawi dan kami ada rezeki untuk ikut.
Kami menginap di Hotel Bella Vista, pekan Kuah.
Entry hari ini untuk kongsi berkenaan Hotel Bella Vista.

1. View cantik. Bilik kami tingkat dua. Boleh tengok laut, matahari terbenam.

2. Makanan boleh tambah baik lagi. Hari pertama, sambal nasi lemak sangat masin. Menu setiap hari sama. Nasi lemak, kari ayam, roti canai, telur dadar, sosej, bubur kosong, mi@kuetiow goreng, bubur. Hahaha..mak hafal ok.

3. Pinggan mangkuk cawan kat kafe boleh tambah baik lagi. Cuci tak bersih. Pinggan kesat, cawan ada sisa kopi/teh. Sabar jelah. 

4. Kolam renang kanak-kanak saiz 5 orang budak boleh mandi. Senang pantau.

Overall mak bagi 7.5/10.

Servis kat kafe perlu lebih penambahbaikan.

Gambar bilik tiada.

Tuesday, September 27, 2016

Nursing Blouse : Prolactina Cutelostrum Basic-T

Memperkenalkan Prolactina & Cutelostrum

Didatangkan dengan warna-warna menarik!!
.
✔Confirm tak nampak macam makcik makcik 😎
.
✔Bukaan menyusu dengan pull down cover. Tanpa zip, tanpa butang. Mudah nak menyusu di mana-mana.
.
✔Material selesa, iaitu como crepe. Tak mudah kedut, dan mudah iron

Harga : Rm65 sehelai

Memperkenalkan Basic-T!

T-SHIRT KHAS UNTUK IBU MENYUSU KE NI? KENAPA CANTIK SANGAT!
_________________________________

HANYA YANG DAH PERNAH CUBA BAJU MENYUSU KAMI YANG TAHU BAGAIMANA MUDAHNYA MENYUSU DENGAN BAJU NI SEBAB :
_______________________________

1) BUKAAN MENYUSU KHAS
(with pull down cover)
Tanpa butang dan zip. Bukaan menyusu kami sangat selamat, mudah dan menjaga aurat mama.

2) SESUAI DIGUNAKAN BERSAMA DOUBLE/ SINGLE PUMP
Ramai dah customer yang pakai baju menyusu kami pergi kerja, Mudah sangat nak pam susu. Tak perlu selak baju dari bawah sampai nampak perut 🙈

3) MATERIAL KNITTED COTTON.
Sangat selesa, sejuk, menyerap peluh. Sesuai untuk riadah, bercuti dll.
.
4) WUDHU' FRIENDLY

5) DESIGN BAJU
Loose cutting, tidak ketat, menutup aurat. Mempunyai 1 poket untuk isi hp dan brg2 lain.

=======
HARGA
=======
RM57 sehelai

===========
NAK ORDER?
===========
Boleh terus whatsapp kami

0192159927
0192159927
0192159927

Jom order sekarang sebelum saiz yang anda nak habis.

Sunday, September 25, 2016

Wednesday, September 21, 2016

Ceritera ANH : check up Nayl 6 bulan

Assalamualaikum.

Sepatutnya Nayl check up 7/9/2016.
Tapi dia kena campak/hfmd (tak tahu yang mana satu).
Lepas balik kampung dari beraya haji, baru mak boleh bawa Nayk check up.

6 bulan 18 hari
Berat : 7.96kg
Tinggi : 69cm

Alhamdulillah.
Sihat anak mak ayah.

Makin banyak akal.
Moga ceria selalu ya anakku.

Monday, September 19, 2016

Ceritera ANH : Nayl

Assalam.

Anak mak ni tak tahu la nak merangkak ke nak duduk.
Nenek kata nak duduk dah ni.
Langkau kerja nenek kata.
Hehehe.

Asalkan siap kerja ya anakku.
Mak kena jadi warden/mak guard/cheer leader.
Kena pantau sebab selalu tersungkur.
Kepala terhantuk ke lantai.

Moga anak-anak mak sihat walafiat sentiasa.

Salam sayang,
Mak ANH

Sunday, September 18, 2016

Ceritera ANH : Happy Birthday Awfa

Assalam sayangku Awfa Nur Hadeena binti Hanifah.

Mak dan Ayah doakan yang terbaik untuk Awfa di dunia dan akhirat.
Moga jadi anak solehah.

Salam penuh kasih sayang,
Mak & Ayah

Selamat ulangtahun yang ke 3 tahun!

Wednesday, September 14, 2016

Madu Itu Ubat

Madu Lebah Dari Pandangan Islam
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia”.Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu lebah) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang berfikir.”
(Q.S. An-Nahl : 68-69)