Tuesday, April 12, 2016

Snowdrop : Q & A

Soalan mengenai troubleshoot dalam penggunaan pad kain:

-------------------------------------------------
Saya pakai pad ni tak rasa penuh pun, darah pun nampak segaris je atas permukaan pad, tapi kenapa bocor ke tepi ye?

Untuk makluman, pad kain ni berbeza dengan pad pakai buang yg biasa kita gunakan. Untuk pad pakai buang kita akan terasa basah bila ia penuh. Tapi bila guna pad kain, walaupun penuh dgn darah di dalam, permukaan pad kebiasaannya akan rasa kering kerana effect kering fabrik minky yang digunakan. Dan jika lapisan penyerap dalam pad ini terlalu penuh dan tak dapat menampung lembapan, ia akan merebak ke tepi/keliling pad seterusnya ke seluar dalam. Pad ni diperbuat dari kain dan bukannya kertas seperti pad pakai buang, darah pada permukaan secara kasarnya akan nampak segaris atau mungkin setompok saja tetapi darah telah pun menyerap masuk ke dalam lapisan penyerap.

Tidak seperti pad pakai buang yang kita boleh nampak telus dr permukaan kapas penyerapnya dan sebab itu juga indikasi utk penuh bagi pad pakai buang bila kita nampak pad dah penuh merah di permukaan, ia tidak sama bagi pad kain kerana darah yang penuh di dlm lapisan penyerap tidak nampak telus di permukaan pad yang berwarna. Jadi walaupun anda rasa kering dan hanya segaris darah di permukaan, tidak bermakna pad belum penuh. Jangan teruskan pakai berjam-jam tanpa tukar selagi tak rasa penuh ya, tukar bila perlu/penuh sama seperti guna pad pakai buang.

------------------------------------------------
Bila guna pad ni, darah saya banyak meleleh ke tepi dr menyerap di tengah pad. Kenapa ye?

Pad kain ni dilengkapi dgn dua butang utk dilaraskan mengikut saiz masing-masing. Kami cadangkan butangkan dgn kejap pada seluar dalam dan jangan ada kelonggaran supaya ia kekal setempat serta kejap pada seluar dalam. Dan pastikan seluar dalam yang digunakan tidak terlalu longgar mahupun terlalu ketat supaya selesa. Seluar dalam yang longgar juga boleh menyebabkan lelehan di tepi kerana permukaan pad tidak kejap pada kemaluan seterusnya darah tidak sempat menyerap di tengah dan terus meleleh ke tepi.

No comments:

Post a Comment