Assalamualaikum
Alhamdulillah pada 2 Januari 2018 anak-anak Mak, Adni dan Awfa mula bersekolah.
Adni di sekolah kebangsaan dan Awfa di sekolah tadika.
Mak coretkan serba sedikit ragam dua beradik semasa hari pertama sesi persekolahan ini.
Adni
- Teruja kerana jumpa kawan-kawan semasa tadika bersekolah sama dengannya
- Jelas kelihatan wajah kepenatan kerana bersekolah sepanjang hari
- Dia bercerita cikgu kelasnya garang. He he he.
Awfa
- Bangun pagi menangis. Bila ditanya pada siang hari itu dijawab kerana ayahnya marah. Padahal ayah hanya kejut bangun tidur sahaja. He he he
- Pantau keadaan masa waktu rehat dan dapati dia makan di meja selain yang bawa bekal. Bila ditanya, jawabnya dia terlupa dia membawa bekal dan cikgunya juga terlupa dia ada membawa bekal. He he he.
Alhamdulillah.
Anak-anak Mak tak banyak ragam.
Mak amalkan sebelum tidur dan waktu pagi makan madu kelulut.
Selain itu, calit balm Calm Time dan Sleep Time Tasneem Naturel. Sebelum tidur dan selepas mandi pagi calit Calm Time.
Semasa waktu tidur siang atau malam, calit Sleep Time supaya dapat tidur yang berkualiti.
Mak dan Ayah usaha jaga emosi dan daya tahan tubuh anak-anak. Jadual persekolahan memang memenatkan. Apatah lagi anak-anak yang baru pertama sekali bersekolah. Perlu bersedia mental dan fizikal.
Panjang lagi masa untuk anak-anak tempuh.
Doa Mak dan Ayah moga anak-anak diterangkan hati menerima ilmu, disenangi orang sekeliling dan dilindungi Allah sentiasa.
P/s : disertakan panduan berkenaan pekeliling Kementerian Pelajaran berkaitan kedudukan lencana bagi tahun 2018
No comments:
Post a Comment