Sunday, September 23, 2018

Resepi Mudah Masak Lemak Cili Api Cendawan Telinga Kera


Assalamualaikum. 

Semoga kalian semua dipermudahkan urusan. 

Siapa pernah makan cendawan telinga kera?
Rupa macam rumpai laut. 
Ada versi kering dan dipetik segar. 

Eda selalu beli yang dipetik segar. 
Buat masak lemak cili api. 

Eda nak kongsi cara masak lemak cili api cendawan telinga kera yang mudah. 

Bahan-bahan :

- Segenggam cendawan telinga kera 
(untuk 2-3 orang makan) 
- kunyit hidup 1 inci
- serai 3 batang
- cili api 5 biji (nak pedas tambah lagi ye) 
- ikan bilis sikit (agak-agaklah ye) 
- santan

Cara penyediaan :

1) cendawan dibersihkan dan dipotong kecil
2) tumbuk garam kasar, kunyit hidup, ikan bilis dan cili api. Nak kisar pun boleh. Sebab Eda masak portion sikit. Tumbuk je senang. 
3) sediakan periuk/kuali (mana yang mudahla), Eda suka guna kuali. 
4) masukkan bahan yang ditumbuk dengan sikit air. Dah agak kering masukkan cendawan. Masukkan sekali serai. 
5) masukkan santan. 
6) guna api perlahan. Kacau supaya santan tak berketul. 
7) bila santan dah agak pekat, rasa cukup tak masin lemak semua. Dah masak boleh tutup api. 
8) selamat menjamu selera

Ada sambal belacan lagi umpphhh ni. 

Masa ni Eda sekalikan menu ikan tenggiri goreng dan tempe goreng sahaja.
Alhamdulillah rezeki. 

Ok. 
Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment