Assalamualaikum.
Semoga kalian semua sihat-sihat sahaja hendaknya.
Kali ini nak kongsi kedai sarapan pagi di Kuala Selangor. Agak susah nak cari kedai sarapan pagi di sini.
Pada tahun 2014, kami pernah makan di Warung Wak Minan. Yang istimewa di kedai ini adalah Nasi Lemak Ikan. Kedai lama telah ditutup kerana ada binaan jalan.
Kami usaha cari balik kedai ini dan Alhamdulillah jumpa. Sambal nasi lemak memang memikat. Sesuai yang gemarkan sambal pedas-pedas manis. Anak-anak layan roti canai. Kena datang awal pagi kalau nak makan roti canai.
Harga pun sepadan dengan kuantiti.
Suasana kedai pun dalam kampung. Teruja anak-anak jumpa ayam.
Jom layan gambar.
#ANHjjcm
#TheQasehANH
Kuih muih pun ada.
Roti canai lembut
Rupa apabila bungkusan dibuka
Ikan seekor tau.
Boleh search di Facebook Page Warung Wak Minan. Ada location
No comments:
Post a Comment