Wednesday, March 27, 2019

Hotel Seri Malaysia Taiping

Assalamualaikum wbt.

Mak menginap di Hotel Seri Malaysia Taiping pada cuti sekolah kali ini. Percutian segera sebenarnya. Suami perlu hadir mesyuarat di Kerian. Kebetulan ada baucer tawaran di hotel ini, jadi kami book hotel ini. Kami book bilik jenis family. Dilengkapi satu katil queen dan satu katil single. 

Ada kolam renang kanak-kanak dan dewasa. Saiz kolam kanak-kanak terlalu kecil. Tak puas anak-anak mandi. Kolam dewasa dalam juga untuk mereka. 

Secara keseluruhan, dari segi fasiliti 3.5 bintang, makanan 3 bintang.


Pandangan dari luar

Pintu masuk
Kaunter pertanyaan dan ruang menunggu

Pintu masuk kafe makan hotel


Ruang dalam kafe


Kolam renang. Bilik kami betul-betul menghadap kolam renang.

Family room

Sarapan kami pada hari itu. Tak rasa pun mi goreng ni.


Kue teow sup

salad dan buah


kentang goreng dan sosej

Roti dan jem

Mak punya sarapan. Tawar nasi goreng ni. Alhamdulillah rezeki.




Tuesday, March 26, 2019

Kedai Makan Tengahari Salak Tinggi

Assalamualaikum wbt.

Google Nasi Padang Minang Batang Kapeh Salak Tinggi.

Kedai makan tengahari kegemaran kami sekeluarga. 
Rasa ikan bakar yang sangat segar. Rempah ikan bakar pula sangat unik rasanya. Berlainan dengan rempah ikan bakar yang biasa. Menggunakan resepi Minang.
Bermacam lauk disediakan di sini. Tidak terhad kepada ikan bakar sahaja. 
Paling disukai kerana kedai ini menyediakan pilihan sayur yang pelbagai. Ada ulam dan lauk sayur yang lain.

Ikan, ayam, sotong, kambing dibakar atas dapur arang.

Lauk yang telah siap dimasak. Mesti cuba sambal cili ikan bakar ini. Sangat sedap.

Lauk-pauk

Lauk lagi.

Bahagian lauk sayur.

Add caption


Lauk-pauk bermacam jenis.
Air kelapa pun ada.

Pilih-pilih.

Kegemaran kami. Air kelapa gula melaka kurang manis.



Coconut shake kelas kecil

Coconut Shake gelas besar

Ruang kedai yang luas sesuai untuk perjumpaan keluarga.

Suasana waktu tengahari jam 12.00

Masa ni awal lagi ni. dah lepas jam 12.00 mesti lagi panjang orang beratur.
Jika makan ke sini mesti cuba lauk bakar-bakar dan air kelapa. Lauk-lauk yang lain pun sedap-sedap. Termenung juga lah nak pilih lauk biasanya dah sampai sini.

Salam sayang,
Mak ANH

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anak-anak ada masalah kembung perut, susah tidur, selsema dan kulit sensitif?
Mahu saya bantu kalian dengan produk 100% natural tanpa bahan kimia bahaya.
klik link di bawah :



Sunday, March 24, 2019

EO Untuk Kembung Perut

Assalamualaikum wbt.

Tasneem Naturel ada blended essential oil untuk masalah kembung perut, ketakhadaman perut, pedih hulu hati, cirit dan yang berkaitan.

Blended Oil ini terdapat eo (essential oil atau minyak pati) seperti halia, serai, tangerine, junipers, anise, peppermint dan fennel.

EO untuk kembung perut ini mempunyai fungsi seperti berikut :

EO halia (ginger)
Membantu melegakan masalah kembung perut dan ketidakselesaan perut.

EO serai (lemongrass)
Membantu mencegah pembentukan gas yang berlebihan di dalam usus.

EO tangerine
Mengekalkan keseimbangan asid di dalam perut.

EO junipers
Mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat.

EO anise
Mengurangkan kekejangan otot perut.

EO peppermint
Membantu masalh ketidakhadaman.

EO fennel
Mengurangkan sakit gastrik dan ketidakselesaan dengan senak, kembung perut, sendawa dan loya.

Kenapa mesti miliki blended EO untuk kembung perut ini :

1. Berbau wangi
Selalu kita pakai minyak angin untuk kembung perut bila keluar rumah mesti ada yang berbunyi, ehh siapa sakit perut ni? Kalau kita terkentut kompem orang boleh cam siapa punya gas terlepas bila ada bau kannn. No no no tak mahu. Bila guna blended oil untuk kembung perut ni, orang akan kata ehhh minyak wangi baru ke? Gitu

2. Saiz kecil boleh dibawa ke mana sahaja
Saiz EO untuk kembung perut ini kecil dan sangat sesuai dibawa di dalam handbag atau poket seluar. Ditakdirkan memang jenis perut mudah sebu lepas makan, boleh bawa EO untuk kembung perut ini dalam poket je. Perut sebu, loya, kembung, rasa nak muntah terus cepat-cepat sapu.

3. Dos sesuai dari bayi ke dewasa
Dos bagi blended EO untuk kembung perut ini adalah sesuai dari bayi baru lahir ke dewasa. Disarankan adalah bagi bayi lahir cukup bulan. Bagi bayi pramatang perlu tunggu beberapa bulan bagi pastikan organ telah matang untuk penggunaan minyak pati ini.

4. Tidak panas dan pedih
Ini yang paling magik rasanya pasal EO untuk kembung perut ini. Bila pakai kita tak rasa panas dan pedih tapi tiba-tiba perut tak selesa kita tu rasa lega. Tipikal kita mesti rasa sebab ada panasgpanas berangin sikit sakit perut kita hilang kan. EO untuk kembung perut ni tak rasa macam tu. Rasa tak selesa kita tu tiba-tiba je rasa lega. Macam magik tau!

5. Sesuai untuk alahan ibu mengandung
Ini adalah pengalaman sendiri. Alahan mengandung kali keempat yang paling teruk. Pedih hulu hati tiap masa, tak selera makan. Jadi perut mudah kembung. Bayangkan dengan pedih hulu hati pakej kembung dan loya sekali. Nasib baik ada EO untuk kembung perut ini.

Saturday, March 23, 2019

Hand Sanitizer Tasneem Naturel

Assalamualaikum wbt.

Hand Sanitizer Tasneem Naturel adalah berasaskan 100% bahan natural. Terdapat dua wangian iaitu Berry dan Geranium.
Berry adalah bauan seperti manis-manis buah dan Geranium adalah bauan seperti sirap bandung. Menarik kan.

Bahan kandungan yang digunakan adalah :

Berry adalah campuran ekstrak sireh, minyak pati Aloe Vera, Cinnamon, Citronella and Wildberry.

Geranium adalah campuran ekstrak sireh, minyak pati Geranium, Aloe Vera dan Rose.

Harga bagi 50 ml Hand Sanitizer Tasneem Naturel adalah RM39. 00 (Kos pos Semenanjung RM 8.00 dan Sabah Sarawak RM 12.00).

Kelebihan menggunakan Hand Sanitizer Tasneem Naturel adalah kerana :

-bahannya adalah 100% natural
-tekstur pekat jadi hanya perlu guna sedikit sahaja
-mudah dibawa ke mana sahaja
-wangi
-tiada bahan kimia bahaya

Ingin cuba?

Klik di sini - > Agen Tasneem Naturel Sepang

Friday, March 15, 2019

Agen Tasneem Naturel Johor

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Saya Farah Syazwani bt. M. Zahid, ejen Tasneem Naturel (TN) untuk kawasan Gelang Patah & Iskandar Puteri, Johor.

Saya merupakan seorang surirumah dan mempunyai sepasang cahaya mata, Amsyar (5 tahun) & Amni (2 tahun).

Bagaimana saya boleh 'terjebak' dengan Tasneem Naturel?

Saya selalu "follow" kak ida di FB, yang mana selalu berkongsi mengenai balm TN dan kelebihannya. Kebetulan pada satu hari, kak ida ada buat "giveaway" balm Skeenz, yang mana waktu itu sekitar bulan April 2018 (kalau tak salah ingatan, haha). Saya pun menyertainya dan Alhamdulillah, rezeki saya menjadi yang bertuah, hihi. Dapat balm Skeenz tu, memang teruja, terus guna untuk masalah gatal dan ruam pada Amni.

Kisah lain pula, ada waktu anak anak saya mengalami batuk selsema, pergi jugak lah ke klinik untuk dapatkan rawatan. Lepas tu teringat, ada ikhtiar pilihan iaitu balm TN. Cepat cepat hubungi kak ida, nak dapatkan balm Cf-rub. Rasanya tu sekitar bulan Julai 2018, lepas raya puasa. Sampai je balm kat rumah, sapu pada anak anak. Alhamdulillah serasi, dan ada perubahan, nampak berkurang batuk selsema, hingus kahak semua keluar.

Selepas beberapa bulan "stalk" produk TN kat FB kak ida, berfikir fikir banyak kali jugak untuk jadi ejen TN, haha. Anak anak saya ni, kadang kadang ada masalah batuk selsema, gatal, ruam, dan serasi dengan balm TN setakat ini. Di samping berfikir nak menambah pendapatan diri sendiri, saya rasa tak salah untuk mencuba berbisnes kecil kecilan, serta sebarkan kebaikannya kepada orang lain jugak. Kesudahannya, pada November 2018 saya mendaftar sebagai ejen TN di bawah kak ida yang best ni. Ejen sah tau! Hehe.

Jangan risau ye ibu ayah. Produk TN mendapat pengesahan KKM, boleh semak nombor NOT setiap balm TN. Semua menggunakan bahan alami dan mengandungi Essential Oil (EO) yang membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selamat, sesuai, tak panas, tak melekit, digunakan oleh bayi, kanak kanak serta orang dewasa. Seisi keluarga lah boleh gunakan, hihi. Selain rawatan perubatan, balm TN juga sebagai ikhtiar pilihan yang boleh digunakan oleh ibu ayah. Bagi yang belum mencuba produk TN yang best ni, meh lah cuba. Tak rugi cuba tau!

Sila klik pada nombor telefon jika ada sebarang pertanyaan.

Farah Shazwani
010-5377475
Agen Tasneem Naturel Johor

Thursday, March 14, 2019

Agen Tasneem Naturel Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Safiqa Tumian dan merupakan pengguna dan agen sah Tasneem Naturel.
Saya mempunyai sepasang cahaya mata. Iyyad Razeen dan Iysaara Nur Haaniy nama mereka. 😘

Jom saya nak kongsi macamna saya terjebak dengan Tasneem Naturel.😍

Pertama sekali saya selalu nampak kak Eda (mak leader) ni post pasal Tasneem Naturel. Selama ni baca je. Yela orang sombong kot dan belum terbuka hati nak cuba 😂😂

Satu hari tu duk kampung sebab mak meninggal, anak2 demam selesema tak baik2. Kebetulan hari tu kak Eda post pasal CF-Rub yang mana menjadi balm pertama saya beli dan terus jadi agen sebab masa tu nampak dapat harga murah untuk beli lepas ni 😅😅 aduhai niat pon masa tu tak ikhlas langsung kan..

Tapi nak dijadikan cerita kita pulak bagi alamat Penang, so terbang la balm CF-Rub ke Penang 😅 alahai mama macamna ni.. anak2 tak sihat. Okay lah dh pos ke Penang nak buat camne kita oder lain sendiri dekat web.. Keterujaan dia lain macam woooooo.. Kakak pon oder balm sama so kita submit oder sekali..

Dah sampai balm tu ya Allah teruja dia masa buka parcel lain macam 😅😅
Buka je terus calit dekat anak2..

Anak saya yang sulung cerewet sikit. Mana boleh bau kuat yang menyakitkan hidung dia hihi. Cuba sapu dekat hidung dia yang tengah selesema Alhamdulillah serasi sungguh meleleh2 hingus lepas tu malam pon terus sambung sapu. Malam tu tidur lena dah dia takde sok sek sok sek hidung. Bangun pagi Alhamdulillah semakin kurang selesema.

Kebetulan oder sekali balm Calm Time. Anak saya tu speech delay. Memang kebanyakan anak speech delay ni meluahkan rasa dengan tantrum. Masa guna tu kebetulan memang suka meragam nak bangun pergi sekolah. Sapu2 tawakal supaya dia tenang pergi sekolah boleh serap ilmu dengan baik. Syukur Alhamdulillah sampai sekarang sapu pergi sekolah takde dah drama air mata pagi2 dan tantrum pun kian hilang. Bangun pon senang di kejut. Mama is teruja!

Apa yang bestnya balm dari Tasneem Naturel ni ia dari 6-8 pati tumbuhan semulajadi (EO). Tiada paraben, tiada SLS dan tiada menthol. Boleh digunakan tanpa ragu-ragu. Balm2 ni semua boleh digunakan dari newborn hinggalah ke dewasa.

Saya yakin dengan produk Tasneem Naturel dan akan terus menjadi pengguna setia 😍

Salam akhir dari saya agen sah Tasneem Naturel di Penaga Pulau Pinang.

Jom dapatkan Tasneem Naturel dari saya warga Pulau Pinang!

Klik link di bawah ini untuk pertanyaan lanjut.

Safiqa Tumian
013-5343985

Agen Tasneem Naturel Pulau Pinang