Assalamualaikum wbt.
Tasneem Naturel ada blended essential oil untuk masalah kembung perut, ketakhadaman perut, pedih hulu hati, cirit dan yang berkaitan.
Blended Oil ini terdapat eo (essential oil atau minyak pati) seperti halia, serai, tangerine, junipers, anise, peppermint dan fennel.
EO untuk kembung perut ini mempunyai fungsi seperti berikut :
EO halia (ginger)
Membantu melegakan masalah kembung perut dan ketidakselesaan perut.
EO serai (lemongrass)
Membantu mencegah pembentukan gas yang berlebihan di dalam usus.
EO tangerine
Mengekalkan keseimbangan asid di dalam perut.
EO junipers
Mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat.
EO anise
Mengurangkan kekejangan otot perut.
EO peppermint
Membantu masalh ketidakhadaman.
EO fennel
Mengurangkan sakit gastrik dan ketidakselesaan dengan senak, kembung perut, sendawa dan loya.
Kenapa mesti miliki blended EO untuk kembung perut ini :
1. Berbau wangi
Selalu kita pakai minyak angin untuk kembung perut bila keluar rumah mesti ada yang berbunyi, ehh siapa sakit perut ni? Kalau kita terkentut kompem orang boleh cam siapa punya gas terlepas bila ada bau kannn. No no no tak mahu. Bila guna blended oil untuk kembung perut ni, orang akan kata ehhh minyak wangi baru ke? Gitu
2. Saiz kecil boleh dibawa ke mana sahaja
Saiz EO untuk kembung perut ini kecil dan sangat sesuai dibawa di dalam handbag atau poket seluar. Ditakdirkan memang jenis perut mudah sebu lepas makan, boleh bawa EO untuk kembung perut ini dalam poket je. Perut sebu, loya, kembung, rasa nak muntah terus cepat-cepat sapu.
3. Dos sesuai dari bayi ke dewasa
Dos bagi blended EO untuk kembung perut ini adalah sesuai dari bayi baru lahir ke dewasa. Disarankan adalah bagi bayi lahir cukup bulan. Bagi bayi pramatang perlu tunggu beberapa bulan bagi pastikan organ telah matang untuk penggunaan minyak pati ini.
4. Tidak panas dan pedih
Ini yang paling magik rasanya pasal EO untuk kembung perut ini. Bila pakai kita tak rasa panas dan pedih tapi tiba-tiba perut tak selesa kita tu rasa lega. Tipikal kita mesti rasa sebab ada panasgpanas berangin sikit sakit perut kita hilang kan. EO untuk kembung perut ni tak rasa macam tu. Rasa tak selesa kita tu tiba-tiba je rasa lega. Macam magik tau!
5. Sesuai untuk alahan ibu mengandung
Ini adalah pengalaman sendiri. Alahan mengandung kali keempat yang paling teruk. Pedih hulu hati tiap masa, tak selera makan. Jadi perut mudah kembung. Bayangkan dengan pedih hulu hati pakej kembung dan loya sekali. Nasib baik ada EO untuk kembung perut ini.
No comments:
Post a Comment